Sokongan dari keluarga amat penting
Hi guysss!!!
Kali ni saya nak cerita pula tentang kekeluargaan,
Bagi saya, keluarga adalah oran yang paling penting dalam hidup kita lebih-lebih lagi ibu dan bapa kita. Mereka adalah orang kuat yang sering menyokong apa jua yang kita lakukan seperti saya sekarang yang sedang menyambung pelajaran di IPTA, mereka sentiasa memberi sokongan yang kuat untuk saya meneruskan perjuangan saya di sini.
Mereka juga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat supaya saya tidak mudah putus asa dalam menimba ilmu disini dan kuat mengahadapi kehidupan universiti.
Mereka sering mengingatkan saya yang mereka tiada harta di dunia ini, hanya anak-anaklah harta dunia dan akhirat mereka. Mereka juga ingatkan saya supaya saya belajar rajin-rajin agar mendapat pekerjaan yang bagus satu hari nanti dan mengubah nasib keluarga.
Kakak dan abang saya juga adalah orang yang sering memberi sokongan dan membantu saya dalam meneruskan pelajaran. Disebabkan mereka mempunyai pengalaman di universiti, saya sering menjadikan mereka sebagai rujukan saya di universiti.
Saya sangat bertuah kerana dianugerahkan keluarga yang sangat prihatin dan supportive ini. Saya berharap keluarga kami akan sentiasa bahagia dan ceria sampai bila-bila. Saya Sayang Keluarga Saya. Tanpa mereka tiadalah saya didunia ini.

We are happy family and will be happy ever after
Comments
Post a Comment