Masakan kampung tetap dihati
Hi guyssss!!
Harini saya nak kongsi tentang makanan kampung.
Saya dibesarkan di kampung, di kawasan kampung dan saya tinggal di kawan perkampungan iaitu di Felda Sungai Tengi, Selangor.
Kawasan felda saya adalah kawasan perladangan kelapa sawit.
Seperti yang kita tahu, kawasan kampung adalah kawasan yang tenang dan tidak sesibuk seperti kehidupan dibandar.
Saya amat berbangga menjadi seorang penduduk kampung dimana orang bandar kebiasaannya tak biasa dengan kehidupan kampung yang dianggap agak old school dan old fashion yang ketinggalan zaman.
Tapi bagi saya, orang kampung sangat bermasyarakat dan sentiasa tolong menolong dan bekerjasama antara satu sama lain dan sangat mengambil berat tentang jiran tetangga.
Kami orang kampung sentiasa hidup bermasyarakat. Nak dibuatkan contoh seperti rewang semasa kenduri, bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, dan banyak lagi.
Bagi saya sebagai seorang budak kampung, makanan kampung la yang paling saya suka berbanding makanan barat dan lain-lain. Saya dibesarkan di kampung dengan masakan kampung, semestinya untuk yang paling saya suka.
Makanan yang paling saya suka adalah seperti pucuk ubi rebus kuah lemak santan pedas, sambal goreng jawa, ikan patin masak asam pedas, ayam goreng berlada, sayur kubis masak bening dan banyak lagi.
Tak sabar nak balik kampung, nak makan masakan ibu saya.
Saya juga duduk sekampung dengan nenek saya. Selepas pemergian arwah datuk saya, nenek saya tinggal bersama kami, dia sering masak makanan kegemaran saya lagi-lagi bila saya pulang bercuti di kampung.
Nenek saya juga sangat gemar membuat kuih-muih tradisional seperti kuih lompang, kuih apam, kuih karipap, kuih kaswi, kuih buah melaka, kuih sagu, kuih koci, kuih keria dan banyak lagi.

Selain iu, saya juga ada darah jawa sedikit dan banjar sedikit. Jadi saya dah biasa makan makanan dari suku jawa dan banjar seperti bubur gayam@wadai kiping dan mee jawa.
Dan banyak lagi masakan kampung yang enak-enak dan tak lapuk dek zaman.
Saya amat berbangga menjadi seorang budak kampung dan bangga dengan masakan kampung yang diangkat martabatnya hingga ke persada dunia.
Sekian terima kasihhhh☺
Comments
Post a Comment