Pengalaman di Kolej Matrikulasi
Hi guyssss!!!
Sekarang saya nak cerita pula tentang pengalaman saya semasa menuntut di kolej matrikulasi.
Saya pernah belajar di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) di Changlun, Kedah pada sesi 2017/2018.
Saya adalah pelajar untuk program satu tahun dalam jurusan perakaunan dan nama kelas saya ialah A1T6A.
Dalam jurusan perakaunan, saya perlu mengambil subjek ekonomi, perakaunan, matematik dan pengurusan perniagaan.
Pengalaman yang sangat menyeronokkan semasa di matrik dan saya tidak akan lupakan seumur hidup saya kerana saya mempunyai roommates yang baik dan sekepala dengan saya, hehehe.
Satu bilik ada 4 orang dan roommates saya semuanya dari berlainan negeri masing-masing dari Perlis, Kedah, Perak dan saya Selangor.
Banyak perkara yang kami pernah buat bersama-sama seperti:-

semasa Sambutan Hari Raya Aidilfiri
kami berjalan-jalan sekitar Padang Besar, Perlis
kami berjalan kaki dari kolej ke gerai cendol beramai-ramai
kami berjalan-jalan dan menonton wayang di Aman Central, Alor Setar, Kedah
selepas habis program bonding persatuan
dan ini antara gambar-gambar kami pada hari terakhir di Kolej Matrikulasi Kedah
Bagi saya, roommates adalah orang yang paling rapat dengan kita bila kita sambung belajar di sesuatu institusi. Begitulah saya di matrik dahulu, sentiasa bersama dengan roommates saya, dimana mereka ada pasti saya ada. Pergi makan bersama, ke coop mart bersama, ke program bersama, malah masuk persatuan yang sama. Kami sangat-sangat rapat dahulu dan bila berpisah teramatlah sedih dan sehingga sekarang kami belum dapat bertemu kerana masing-masing menuntut di IPTA yang berbeza. Saya berharap satu hari nanti kami dapat bertemu kembali kerana saya amat merindui mereka dan saya mendoakan mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat dan sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Cerita tentang classmates pula, mereka adalah kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, bekerjasama, susah senang bersama, kena marah dengan pensyarah bersama dan buat kerja last minute bersama. Hahahaha. Kelas praktikum saya adalah kelas A1T6 dimana kelas tersebut telah dibahagikan kepada dua kelas iaitu A1T6A, 9 orang dan A1T6B, 10 orang dan saya dari kelas A1T6A.
Terlalu banyak kenangan manis yang telah kami lakukan bersama:-
semasa kelas kokurikulum kami telah melakukan latihan kecemasan anduh tangan
di kelas kokurikulum yang terakhir dan kami telah memenangi pertandingan kawad kaki
semasa Karnival English Day
semasa jamuan perpisahan pelajar jurusan perakaunan
gambar pada hari terakhir kami di KMK
Saya berharap kita takkan lost contact antara satu sama lain kerana selama satu tahun kita bersama untuk menghabiskan pengajian di KMK. Walaupun sekarang semua ada hala tuju masing-masing, doa saya tetap bersama kalian. Saya merindui kalian semua.
Sekian terima kasih
Nak tanya, kalau course acc semua sub belajar dlm bi kan ? Or ada yg bljr bm jugak ? Kalau exam bi or bm or dwi?
ReplyDelete