Perginya orang paling rapat dalam hidup kita
Hai dan Assalamualaikum semua!!!
Hari ini saya nak kongsikan kisah saya yang baru kehilangan orang yang paling rapat dengan saya iaitu datuk saya. Saya sangat rapat dengan arwah datuk saya kerana dari kecil lagi arwah menjaga saya.
Pada mulanya, arwah hanya sakit biasa tetapi pada satu hari selepas habis hari mengundi semasa PRU tempoh hari. Arwah mengalami pendarahan yang sangat banyak di mulutnya. Lalu, ibu dan bapa saya membawa arwah ke hospital untuk menerima rawatan dan kami amat risau kerana begitu banyak darah yang keluar dari mulut arwah. Selepas menerima rawatan, arwah semakin pulih.
Selepas seminggu, arwah kembali sakit apabila arwah memberitahu sukar bernafas dan mahu ke hospital. Kami terus membawa arwah ke hospital dan arwah ditahan wad selama 10 hari.
Saya sempat menjaga arwah selama dua malam di hospital, dan banyakkan berbual dengan arwah.
Selepas 10 hari di hospital, doktor membenarkan arwah pulang dan arwah mahu duduk di rumah ibu saya. Kami telah sediakan tempat untuk arwah kerana arwah minta katil yang besar dan kami turutkan.
Selepas 3 hari di rumah, arwah menunjukkan tanda yang makin teruk. Beberapa jam sebelum arwah nazak, arwah minta aiskrim potong dan air teh bunga dan kami juga turutkan. Disebabkan tangan dan kaki arwah tak boleh bergerak, saya yang suapkan arwah aiskrim. Selepas makan aiskrim, arwah mahu berehat, tidak lama selepas itu, arwah mengadu sakit dan makin lemah, kami risau lalu memanggil adik beradik ibu saya yang lain untuk berkumpul dan adik beradik dau saya juga ada serta jiran-jiran yang lain turut datang untuk membacakan Yaasin untuk arwah.
Selepas 3 hari nazak, pada malam hari jumaat dan pada malam nuzul Al-quran bersamaan 16 Ramadhan 1439H. Datuk saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disebelah saya semasa saya membacakan Yaasin untuknya. Saya seakan tidak percaya dengan pemergiannya ketika itu kerana saya berada di sebelahnya.
Kami bersyukur kerana arwah pergi pada bulan yang mulia, hari yang mulia, malam yang mulia. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Pemergian arwah datuk masih lagi terasa sehingga hari ini walaupun sekarang sudah 6 bulan lebih arwah tidak bersama kami.
Sekian itu sahaja perkongsian saya.
Sekian terima kasih.

Inilah datuk saya, Haji Abdul Wahab bin Haji Kintol
Gambar kenangan arwah bersama isterinya iaitu nenek saya
Gambar tahun 2017 dan hari raya yang terakhir bersama arwah
Sewaktu arwah dalam keadaan nazak
Sekian itu sahaja perkongsian saya.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment