Pengalaman Menderma Darah
Hi guyssss!!!
Hari ini saya nak menceritakan tentang pengalaman pertama kali menderma darah. Saya ni seorang yang fobia pada darah atau takut pada darah. Kalau saya tengok orang kemalangan yang banyak darah tu, saya boleh pitam, muntah atau pengsan. Saya memang tak boleh tengok darah, lagi-lagi darah yang masih fresh dan yang baru lagi terjadi.
Tapi Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya untuk menderma darah walaupun saya penakut. Niat saya menderma darah adalah untuk menolong mereka yang amat memerlukan darah untuk meneruskan hidup seperti pesakit leukimia yang sangat memerlukan darah.
Pertama kali saya menderma darah adalah di Kolej Matrikulasi Kedah dahulu dan saya adalah golongan yang jenis darah A dimana saya boleh menderma kepada mereka yang darah jenis A dan AB. Disini saya lampirkan jadual kumpulan darah untuk kita lebih faham.
Banyak kelebihan yang kita sebagai penderma darah akan dapat bila kita telah menderma darah seperti:-
Hari ini saya nak menceritakan tentang pengalaman pertama kali menderma darah. Saya ni seorang yang fobia pada darah atau takut pada darah. Kalau saya tengok orang kemalangan yang banyak darah tu, saya boleh pitam, muntah atau pengsan. Saya memang tak boleh tengok darah, lagi-lagi darah yang masih fresh dan yang baru lagi terjadi.
Tapi Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya untuk menderma darah walaupun saya penakut. Niat saya menderma darah adalah untuk menolong mereka yang amat memerlukan darah untuk meneruskan hidup seperti pesakit leukimia yang sangat memerlukan darah.
Pertama kali saya menderma darah adalah di Kolej Matrikulasi Kedah dahulu dan saya adalah golongan yang jenis darah A dimana saya boleh menderma kepada mereka yang darah jenis A dan AB. Disini saya lampirkan jadual kumpulan darah untuk kita lebih faham.
Disini kita dapati bahawa penderma darah universal adalah jenis darah O manakala penerima darah universal adalah jenis darah AB
- Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya, tetapi dapat menjaga kesihatan si penderma.
- Menderma darah dapat mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma.
- Menderma darah juga dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser.
- Menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
- Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu dapat mengekalkan kecergasan dan menjadikan penderma lebih produktif dalam melakukan kerja.
- Menderma darah juga dapat menyatukan manusia tak kira bangsa dan umur.
hehe ini boleh peace lagi sebab belum kena cucuk siap boleh makan lagi sebab pihak hospital ada sediakan makanan untuk mereka yang menderma
sakit sikit je sebab dia masukkan jarum tu tapi jarum dia besar
Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar
Saya berharap agar selepas ini lebih ramai lagi yang akan menderma darah untuk membantu orang lain. Hilangkanlah rasa takut anda demi kebaikan orang lain.
Sekian itu sahaja pengalaman yang saya ingin ceritakan.
Sekian terima kasih.
Jumpa lagi guyssss!!!
eii penakut btol derma darahh.. tah pape takot darahh..kuikuikui
ReplyDeleteElehhh.. macam dia berani sangat
Delete