My New Experience
Hi guysss!!!
Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya dengan anda tentang pengalaman saya menerima tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimana yang kita sedia maklum, UKM adalah antara universiti awam yang terbaik di Malaysia.
Pada mulanya, saya tidak berapa yakin yang saya akan diterima disini kerana dengan keputusan matrikulasi yang bagi saya hanyalah cukup-cukup makan dan tak layak untuk diterima disini.
Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa dan keluarga. Saya ditawarkan untuk temuduga pada 05/06/2018 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pada tarikh tersebut saya hadir dengan kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.
Semasa temuduga tersebut, kumpulan temuduga saya adalah kumpulan yang paling lama ditemuduga kerana Naib Canselor UKM telah masuk ke bilik temuduga kami dan menanyakan pelbagai soalan mengenai UKM dan mengapa anda memilih UKM.
Selepas sejam setengah kami ditemuduga, kami pon bergambar di Atrium FEP sebagai tanda kenangan.
Pada 31/07/2018, keputusan UPU telah pon keluar dan saya telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran disini. Pada masa itu, saya masih lagi bekerja sebagai kerani di pejabat FELDA di kampung saya. Pulang dari kerja, saya telah memberitahu kepada kedua ibu bapa dan keluarga tentang perkara ini dan mereka amat gembira.
Selepas itu, saya telah membuat persiapan sebelum memasuki alam universiti. Kakak saya adalah salah seorang yang sentiasa membantu saya dalam persiapan saya kerana dia ada pengalaman yang banyak tentang ini. Ibu bapa saya kurang arif tentang persiapan untuk ke universiti kerana mereka hanyalah lepasan SPM sahaja jadi mereka telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kakak saya untuk membuat persiapan saya sehingga saya masuk ke universiti.
Pada 02/09/2018, saya telah bersiap-siap untuk mendaftar di UKM. Setelah selesai mendaftar, ibu bapa dan keluarga saya berangkat pulang dan tinggallah saya disini dan berjumpa dengan kawan baru.
Pada minggu mesra mahasiswa, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan untuk pelajar baru mengenali persekitaran UKM, dimana kami telah dibawa ke serata UKM untuk ketahui pelbagai prasarana dan kemudahan yang ada disini.
Setelah selesai minggu mesra mahasiswa, bermulalah hidup saya sebagai seorang pelajar UKM untuk terus menuntut ilmu disini sehingga tamat pengajian saya selama 3 tahun.
Dan saya telah berjanji kepada kedua ibu bapa saya untuk habiskan pengajian disini sehingga mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dan saya akan membuatkan mereka merasa bangga dengan saya.
Sekian itu sahaja alkisah tentang pengalaman baru saya dalam menempuh alam universiti.
Terima kasih.
UKM sentiasa di hatiku
UKM menjuarai
UKM luarbiasa

Comments
Post a Comment