Makan angin di Pulau Pinang

Hi guyssss!!!!

Kali ini, saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga. Keluarga saya sering melancong bersama-sama. Kami akan rancang dari awal dan membuat persiapan awal untuk melancong ke luar negeri. Kami akan meluangkan masa bersama untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami.

Semasa kami dalam perjalanan ke Pulau Pinang, kami pergi dengan membawa 3 kereta. Satu kereta yang dibawa oleh keluarga saya, satu kereta dibawa oleh keluarga mak long saya dan satu kereta lagi dibawa oleh sepupu saya yang membawa datuk dan nenek. Kami berjanji untuk bertemu di R&R Tapah untuk berkumpul dan akan bergerak bersama-sama.

Apabila kami tiba di Seberang Prai, kami telah melintasi Jambatan Pertama Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang. Setelah tiba di Pulau Pinang, kami terus ke Bukit Bendera.
Kami menaiki keretapi Bukit Bendara atau lebih dikenali sebagai Penang Hill Railway untuk sampai di atas Bukit Bendera.

Pemandangan di Buki Bendera amatlah tenang dan cantik. Sesuai untuk seisi keluarga melawat kerana banyak aktiviti yang disediakan disana. Saya tidak berkesempatan untuk teroka seluruh Bukit Bendera kerana keluarga ingin pulang segera untuk berehat kerana waktu itu kami masih belum check in apartment.

Jambatan Pertama Pulau Pinang

Pemandangan hijau dari atas Bukit Bendera



Kami mengambil gamabar di dalam replika pokok periuk kera

 

Bergambar semasa menunggu giliran untuk menaiki Penang Hill Railway

Kami mengambil foto keluarga sebagai kenangan di Bukit Bendera

Selepas selesai akiviti di Bukit Bendera, kami meneruskan perjalanan ke Batu Ferringhi dan check in apartment disana. Kami berehat dan makan. Pada waktu malam, kami telah berjalan-jalan di sekitar Batu Ferringhi untuk membeli ole-ole dan buah tangan dari Pulau Pinang. 

Semasa kami berjalan-jalan di sekitar Batu Ferringhi

Aktiviti menunggang kuda 

Masa ni kami singgah di kedai jeruk Pak Ali 

Pada keesokan harinya, kami check out dari apartment dan bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami telah singgah ke rumah adik lelaki datuk saya di Taiping. 



Sekian itu sahaja cerita saya pada kali ini. Jumpa lagi!!!

















Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di Kolej Matrikulasi

Pengalaman Menderma Darah

Masakan kampung tetap dihati