Dah Ada Abang Ipar
Hi guyssss!!!
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang setia membaca blog saya walaupun saya hanya menceritakan tentang pengalaman dan berharap ia dapat memberi faedah kepada kalian.
Sekarang, saya ingin menceritakan tentang saya mendapat seorang abang ipar pada tahun ini.
Alhamdulillah, pada malam 27/07/2018 dengan sekali lafaz kakak saya Nur Ain Nabila binti Samsury telah sah bergelar seorang isteri kepada pasangannya iaitu Mohammad Zamir bin Mohamed Abd Dol Rojak. Mereka mengenakan busana putih untuk majlis pernikahan.
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang setia membaca blog saya walaupun saya hanya menceritakan tentang pengalaman dan berharap ia dapat memberi faedah kepada kalian.
Sekarang, saya ingin menceritakan tentang saya mendapat seorang abang ipar pada tahun ini.
Alhamdulillah, pada malam 27/07/2018 dengan sekali lafaz kakak saya Nur Ain Nabila binti Samsury telah sah bergelar seorang isteri kepada pasangannya iaitu Mohammad Zamir bin Mohamed Abd Dol Rojak. Mereka mengenakan busana putih untuk majlis pernikahan.
sekitar majlis pernikahan mereka
Pada keesokan harinya, 28/07/2018 adalah majlis resepsi dan persandingan bagi dua merpati sejoli ini, majlis yang telah bermula dari 11 pagi dan tetamu telah mula hadir ke majlis untuk menjamu selera. Walaupun majlis ini telah menggunakan khidmat katering, namun makanan yang disediakan tidak mencukupi kerana tetamu yang ramai dan mungkin lebih daripada yang pengantin anggarkan iaitu 1500 orang. Jadi, jiran-jiran dan orang kampung telah banyak membantu untuk menyediakan makanan kepada tetamu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Segalanya dengan izin Allah, Alhamdulillah.
sekitar majlis resepsi dan persandingan mereka
Sesudah selesai kedua-dua majlis, mereka telah bercadang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah. Saya, ibu, bapa, adik dan dua orang nenek saya juga ke Pulau Langkawi untuk bercuti bersama mereka tapi kami tak mengganggu ye. Hehehehe
Kami bertolak selepas subuh dari rumah ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi. Apabila sampai di Jeti Kuah, kami telah dijemput oleh pemilik homestay untuk kami membawa kereta sewa dan check in ke homestay tersebut. Kami di sana selama 3 hari dan 2 malam. Kami amat memanfaatkan percutian kami di sana sepenuhnya. Banyak aktiviti yang kami lakukan seperti :-
Pada hari pertama, kami telah pergi ke gerai viral di Langkawi iaitu Gerai Laksa Ikan Seekor
Pada hari kedua, kami telah menaiki kereta kabel atau lebih dikenali sebagai Langkawi SkyCab dan menikmati pemandangan dari atas bukit yang amat nyaman, tenang dan cantik.
Selepas itu, kami ke perkampungan Beras Terbakar dimana di situ ada gerai-gerai jualan yang menjual cenderahati dan barang yang terkenal di Lankawi seperti T-shirt I ❤ Langkawi, kain pelikat, kain batik, keychain, baju dan banyak lagi.
Selepas itu, kami ke kedai yang paling popular di Langkawi iaitu Haji Ismail Group (HIG), seperti yang sedia maklum, HIG adalah kedai yang popular dengan coklat dimana kami telah membeli pelbagai jenis coklat seperti Cadbury, Toblerone, Daim, Ritter Sport, M&M dan banyak lagi. Ia juga dijadikan sebagai ole ole kepada saudara mara dan rakan-rakan di Selangor.
Pada hari ketiga, kami pon bersiap-siap dan berkemas untuk bergerak pulang.
Kami berada di jeti untuk menunggu menaiki feri ke Jeti Kuala Perlis dan menuju pulang ke Selangor
Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke Kuala Kurau untuk menikmati durian dan cempadak yang pada ketika adalah musim buah durian.
Ketika kami di Kuala Kurau dan sedang menikmati buah durian
Dan setelah mengharungi 5 jam perjalanan, kami pun telah sampai ke rumah untuk berehat. Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Sekian terima kasih. Jumpa lagi.
haa abg ipar dh ada.. bila suami plak nak ade.. heheheh
ReplyDeletesibuknya nak tanya pasal suami.. awak tu bila nak ada isteri?
Delete