Posts

Sokongan dari keluarga amat penting

Image
Hi guysss!!! Kali ni saya nak cerita pula tentang kekeluargaan, Bagi saya, keluarga adalah oran yang paling penting dalam hidup kita lebih-lebih lagi ibu dan bapa kita. Mereka adalah orang kuat yang sering menyokong apa jua yang kita lakukan seperti saya sekarang yang sedang menyambung pelajaran di IPTA, mereka sentiasa memberi sokongan yang kuat untuk saya meneruskan perjuangan saya di sini. Mereka juga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat supaya saya tidak mudah putus asa dalam menimba ilmu disini dan kuat mengahadapi kehidupan universiti. Mereka sering mengingatkan saya yang mereka tiada harta di dunia ini, hanya anak-anaklah harta dunia dan akhirat mereka. Mereka juga ingatkan saya supaya saya belajar rajin-rajin agar mendapat pekerjaan yang bagus satu hari nanti dan mengubah nasib keluarga. Kakak dan abang saya juga adalah orang yang sering memberi sokongan dan membantu saya dalam meneruskan pelajaran. Disebabkan mereka mempunyai pengalaman di universiti, saya ...

Bakal dapat kakak ipar pula

Image
Hi guyssss!!! Hari tu saya ada cerita tentang dapat abang ipar. Sekarang, saya nak cerita yang saya nak bakal dapat kakak ipar abang pula. Abang saya baru sahaja mengikat tali pertunangannya selepas 6 tahun mereka berkawan dan saya tak sabar nak dapat kakak ipar pula. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar di Sungai Besar kerana belah perempuan adalah orang situ. Nasib baik dekat je, area Selang o r juga. Sekitar majlis berlangsung Ibu saya menyarungkan cincin merisik dan bertunang Gambar keluarga Abang dan bakal kakak ipar Semoga apa yang mereka rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Inshaallah. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga saya. Aamin Ya Rabb.

Mr. A

Image
Hi guysss!!! Kali ini saya nak menceritakan sedikit tentang Mr. A. Hahahaha. Siapakah Mr. A? Baiklah, saya akan menceritakannya sekarang. Mr. A adalah panggilan dari saya untuk Amir. Amir adalah seorang kawan daripada zaman matrik lagi. Kami kenal dan rapat kerana kami dulu satu praktikum dan dia juga kawan baik kepada kawan baik saya. Jadi saya makin kenal dan rapat dengan dia melalui kawan baik saya. Nak dimulakan cerita, dia ni penjual topup di matrik dulu. Jadi apabila saya dan roommate saya memerlukan topup, saya akan hubungi dia untuk dapatkan topup. Semenjak dari itu, kami jadi semakin rapat. Kami juga sering naik bas yang sama jika pulang ke Selangor tetapi saya akan turun dahulu di perhentian saya di Bukit Beruntung. Semasa cuti semester yang pertama, dia datang ke rumah saya kerana waktu tu dia ada di kampung dia di Sungai Buaya. Jadi, dekat la dengan rumah saya. Petang tu dia datang ke rumah saya dan berkenalan dengan ibu saya. Saya juga bawa dia ke rumah kawan baik...

Perginya orang paling rapat dalam hidup kita

Image
Hai dan Assalamualaikum semua!!! Hari ini saya nak kongsikan kisah saya yang baru kehilangan orang yang paling rapat dengan saya iaitu datuk saya. Saya sangat rapat dengan arwah datuk saya kerana dari kecil lagi arwah menjaga saya. Pada mulanya, arwah hanya sakit biasa tetapi pada satu hari selepas habis hari mengundi semasa PRU tempoh hari. Arwah mengalami pendarahan yang sangat banyak di mulutnya. Lalu, ibu dan bapa saya membawa arwah ke hospital untuk menerima rawatan dan kami amat risau kerana begitu banyak darah yang keluar dari mulut arwah. Selepas menerima rawatan, arwah semakin pulih. Selepas seminggu, arwah kembali sakit apabila arwah memberitahu sukar bernafas dan mahu ke hospital. Kami terus membawa arwah ke hospital dan arwah ditahan wad selama 10 hari. Saya sempat menjaga arwah selama dua malam di hospital, dan banyakkan berbual dengan arwah. Selepas 10 hari di hospital, doktor membenarkan arwah pulang dan arwah mahu duduk di rumah ibu saya. Kami telah sediakan t...

Makan angin di Pulau Pinang

Image
Hi guyssss!!!! Kali ini, saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga. Keluarga saya sering melancong bersama-sama. Kami akan rancang dari awal dan membuat persiapan awal untuk melancong ke luar negeri. Kami akan meluangkan masa bersama untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami. Semasa kami dalam perjalanan ke Pulau Pinang, kami pergi dengan membawa 3 kereta. Satu kereta yang dibawa oleh keluarga saya, satu kereta dibawa oleh keluarga mak long saya dan satu kereta lagi dibawa oleh sepupu saya yang membawa datuk dan nenek. Kami berjanji untuk bertemu di R&R Tapah untuk berkumpul dan akan bergerak bersama-sama. Apabila kami tiba di Seberang Prai, kami telah melintasi Jambatan Pertama Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang. Setelah tiba di Pulau Pinang, kami terus ke Bukit Bendera. Kami menaiki keretapi Bukit Bendara atau lebih dikenali sebagai Penang Hill Railway  untuk sampai di atas Bukit Bendera. Pemandanga...